

KKR
KELAB KEBAJIKAN & REKREASI PETUGAS UTC PERAK
LAMAN WEB RASMI


PERUTUSAN PENGERUSI KKR
Syukur kehadrat Ilahi yang telah memberi nikmat dan rahmatNya kepada kita. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat dan semua pejuangan yang telah dan sedang memperjuang meninggikan kalimah Allah sehingga akhir zaman.
Syukur Alhamdulillah dengan penuh rasa gembira di atas dorongan dan sokongan rakan-rakan dimaklumkan KELAB KEBAJIKAN DAN REKREASI PETUGAS-PETUGAS UTC PERAK telah berjaya ditubuhkan secara rasmi dan berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) pada 21 November 2014 dan juga telah mempunyai akaun tersendiri.


Di kesempatan ini, saya menyeru rakan-rakan petugas UTC Perak, marilah kita bersama-sama berganding bahu untuk menyertai kelab ini. Menyingkap kembali sebelum penubuhan kelab, kita bersama Jawatankuasa penaja telah berjaya memperjuangkan kebajikan kita seperti penutupan sementara operasi UTC Perak pada 12.15 tengahari sehingga 2.45 petang pada setiap hari Jumaat dan 7.00 malam sehingga 8.00 malam bagi membenarkan pekerja Muslim menunaikan solat Maghrib berjemaah pada setiap hari, memperdengarkan azan tanda masuk waktu serta penutupan operasi UTC Perak pada 5.30 petang pada bulan Ramadan. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pegurusan UTC Perak iaitu MBI serta kerajaan negeri kerana prihatin terhadap petugas-petugas di UTC Perak ini.
Dalam aktiviti kemasyarakatan pula, kelab telah turut bersama mengadakan aktiviti seperti Majlis Berbuka Puasa, Sambutan Majlis Hari Raya dan Program Memasak Bubur Asyura. Kesemua yang kita lakukan adalah untuk mengeratkan silaturahim di dalam kalangan petugas UTC Perak yang terdiri daripada 53 agensi yang berbeza. Secara amnya, tujuan utama kelab ini ditubuhkan adalah untuk menjaga kebajikan petugas-petugas UTC Perak dan menjaga hubungan baik dengan pihak kerajaan. Kelab ini menyokong sepenuhnya penubuhan UTC Perak dan tidak ada niat menentang arus di samping menjaga kepentingan petugas-petugaas UTC Perak.
Di akhir kalam, saya menyeru sekali lagi agar petugas di UTC Perak sama ada dari pihak agensi kerajaan dan swasta (pasukan pengawal, kontrak kebersihan, petugas-petugas kiosk, kedai buku 1Malaysia) di UTC Perak dapat bersama menyertai kelab ini.
Sekian, wassalam.
"PETUGAS SELESA, UTC PERAK GEMILANG"
USTAZ HAJI JAMIL BIN MOHD SAPRI
Pengerusi KKR
9.12.2014

Tweet Us
Follow Us
Watch Us
KEEP
IN
TOUCH !
